TNF-MMTF 2019 sukan lasak wanita, lelaki

ACARA TNF-MMTF 2019 juga terbuka kepada peserta wanita. Foto: mmtf.my
ACARA TNF-MMTF 2019 juga terbuka kepada peserta wanita. Foto: mmtf.my
A
A
A

NORTH Face Malaysia Mountain Trail Festival 2018 (TNF-MMTF 2018) antara sukan lasak yang berjaya menghimpunkan peserta lelaki dan wanita dari pelbagai negara.

Selepas memperoleh sambutan memberangsangkan tahun lalu, kini TNF-MMTF acara berlari di dalam hutan kembali dengan semangat baharu di Taiping, Perak bermula pada 13 hingga 15 Disember ini.

TNF-MMTF 2019 bakal menyaksikan lebih daripada 1,900 pelari dari 27 negara bersaing 'menerokai' laluan mengikuti kategori jarak dipertandingkan.

Kategori tersebut terdiri daripada jarak 10 kilometer (km) dan 25km termasuk cabaran ultra sejauh 55km dan 84km. Kesemua laluan berkenaan diiktiraf International Trail Running Association (ITRA).

Wakil penganjur TNF-MMTF, Ewegene Tan berkata, penganjuran sukan lasak terbabit secara tidak langsung mempromosi negeri Perak khususnya Taiping.

Sebelum ini, Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 di Berlin, Jerman.

"Melihat jumlah penyertaan semakin meningkat, ia membuktikan rakyat Malaysia semakin cenderung mengamalkan gaya hidup sihat," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: