Myanmar arah tatmadaw lancar operasi ketenteraan baharu

Penduduk melarikan diri daripada keganasan yang tercetus di Rakhine.
Penduduk melarikan diri daripada keganasan yang tercetus di Rakhine.
A
A
A

NAYPYIDAW - MYANMAR. Kerajaan Myanmar, semalam mengarahkan tentera melancarkan operasi ketenteraan ke atas kumpulan pemberontak etnik Rakhine yang didakwa melancarkan serangan berdarah ke atas empat balai polis pada minggu lalu.

Keganasan terbaharu oleh pemberontak etnik Rakhine pada Jumaat lalu menyasarkan empat balai polis di Buthidaung berhampiran sempadan Bangladesh.

Menurut pihak berkuasa, serangan oleh ratusan militan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 13 anggota polis manakala sembilan lagi cedera sebelum tatmadaw memberi bantuan sokongan kepada mereka.

Sejak beberapa minggu lalu, siri pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan Tentera Arakan (AA), sebuah kumpulan bersenjata yang menuntut kuasa autonomi untuk negeri yang mempunyai majoriti penduduk etnik Buddha itu.

Agensi Kemanusiaan PBB memaklumkan kira-kira 4,500 penduduk juga hilang tempat tinggal akibat keganasan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: