X

Kindly register in order to view this article
!

Anjing bonceng motosikal curi tumpuan

Perkongsian video lucu itu menarik lebih 98,000 tontonan sejak dimuat naik Ahad lalu. - Foto Agensi
A
A

NEW DELHI - Penyampai BBC, Tom Brook berada di India bagi menjalani penggambaran episod khas rancangan Talking Movies namun penampilannya dibayangi aksi seekor anjing yang membonceng sebuah motosikal.

Rakaman video menunjukkan Brook berada di dalam sebuah beca di Mumbai sambil memperkenalkan diri apabila seekor anjing yang membonceng sebuah motosikal muncul secara tiba-tiba.

Anjing berkenaan dirakam sedang berdiri sambil meletakkan kaki hadapan di atas bahu tuannya.

"Ini merupakan 'photobomb' terbaik India, kata seorang pengguna Twitter yang berkongsi video itu di atas talian.

Perkongsian video lucu itu menarik lebih 98,000 tontonan sejak dimuat naik Ahad lalu.

Ia turut meraih pelbagai komen netizen yang rata-rata mengatakan ia merupakan contoh klasik apa sahaja boleh berlaku di India. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!