SPRM perlu beri penjelasan terperinci sebelum tempatkan pegawai kanan

Azlan Man
Azlan Man
A
A
A

KANGAR - Kerajaan Perlis meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan penjelasan terlebih dahulu sekiranya ingin menempatkan pegawai kanannya di pejabat Menteri Besar.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, beliau berpendapatan SPRM perlu melihat kepada kesesuaian dan respon yang diberikan oleh setiap kerajaan negeri lain terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa ketetapan.

“Sehingga kini kita masih belum menerima permohonan rasmi dari pihak SPRM dan kita akan lihat dari segi kesesuaiannya.. ia perlu ada satu standard dan kita perlu tengok dulu apa justifikasi mereka (SPRM) untuk letak pegawai di setiap negeri,” katanya selepas menyampaikan Surat Kelulusan Pemberimilikan Tanah Kerajaan dan Dokumen Hakmilik kepada 165 penduduk di negeri ini di Dewan Warisan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas syor Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya sebelum ini agar pegawai kanan SPRM ditempatkan di setiap Pejabat Menteri Besar​​​​​​ sebagai usaha meningkatkan integriti dalam tadbir urus kerajaan negeri.

Sementara itu, Yap Lee Ngoh, 47, dan ibunya, Yong Hen On, 77, ketika ditemui selepas menerima surat kelulusan itu berkata, beliau bersyukur kerana permohonan keluarganya untuk mendapatkan kelulusan hak milik telah selesai setelah menanti lebih 30 tahun.

Beliau yang kini tinggal di Butterworth, Pulau Pinang bersama ibunya telah membuat permohonan lebih setahun bagi mendapatkan hak milik berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: