Wanita maut, van bertembung kereta

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar melakukan operasi menyelamat mengeluarkan mangsa. -Foto: JBPM Perak/ Ihsan pembaca
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar melakukan operasi menyelamat mengeluarkan mangsa. -Foto: JBPM Perak/ Ihsan pembaca
A
A
A

PASIR SALAK - Seorang wanita maut selepas van dinaiki bertembung dengan sebuah kereta yang masuk ke laluan bertentangan di Kilometer 5 Jalan Baru Parit-Seri Iskandar petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang, Maimunah Othman, 44, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Kejadian turut menyebabkan pemandu van jenis Toyota Vanette berkenaan, Khairulzaman Supar, 46, mengalami kecederaan parah di kaki.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, nahas berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Seri Iskandar menghala ke Parit.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar melakukan operasi menyelamat mengeluarkan mangsa. -Foto: JBPM Perak/ Ihsan pembaca
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar melakukan operasi menyelamat mengeluarkan mangsa. -Foto: JBPM Perak/ Ihsan pembaca

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu tidak sempat mengelak sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang masuk ke laluannya.

"Keadaan itu menyebabkan perlanggaran berlaku dan kedua-dua kenderaan remuk teruk di bahagian hadapan.

"Seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara pemandu van dan pemandu kereta berusia 22 tahun cedera parah masing-masing di kaki dan kepala," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat, mereka yang cedera turut dirawat di hospital sama.

"Siasatan lanjut kini dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.