X

Kindly register in order to view this article
!

Trio compound selamatkan maruah kem memanah

555188
A
A

TRIO lelaki negara menyelamatkan maruah kem memanah negara pada kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina apabila menghadiahkan pingat emas tunggal pada hari terakhir acara tersebut di padang Clark Parade, dekat sini hari ini.

Dibarisi Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadhil Ruslan dan M Kambeswaran, trio negara itu menewaskan Vietnam 224-216 untuk mempertahankan pingat emas dalam acara itu buat kali ketiga berturut-turut.

Mohd Juwaidi yang turun bergandingan dengan pemanah elit negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, kemudian, gagal meraih kedudukan podium setelah tewas 150-152 kepada pasangan Indonesia, Sri Ranti dan Prima Wisnu Wardhana pada aksi penentuan pingat gangsa compound campuran.

Hari malang skuad memanah negara terus berlarutan selepas Fatin dan Zulfadhli tewas kepada lawan masing-masing pada aksi final compound individu wanita serta penentuan gangsa compound individu lelaki.

Fatin kalah dengan keputusan 141-146 mata kepada pemanah Thailand, Kanoknapus Kaewchompu, manakala Zulfadhli tewas 143-145 kepada pemanah Indonesia, Yoke Rizaldi Akbar.

Malaysia sebelum ini meraih satu pingat perak menerusi gandingan Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dalam acara recurve berpasukan lelaki, selain satu pingat gangsa menerusi pasangan Khairul Anuar dan Nur Afisa Abdul Halil dalam acara recurve campuran.

Pencapaian skuad negara iaitu satu emas, dua perak dan satu gangsa, sekali gus gagal menepati sasaran lima emas selepas menguasai sukan memanah sejak dua edisi lalu, masing-masing-masing dengan lima pingat emas pada edisi 2015 di Singapura dan 2017 di Kuala Lumpur. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus