X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Senja Aqila, nama cahaya mata sulung Nadia Aqilah

Senja Aqilah, penyeri hidup Nadia dan suami. - FOTO: Instagram Nadia Aqilah
A
A

PELAKON Nadia Aqilah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, seorang bayi perempuan pada 4 Disember lalu.

Menurut Nadia, bayi seberat 2.95kg itu lahir tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor.

Nadia yang bakal tampil dengan filem terbarunyam Master Picisan itu berkongsi berita gembira tersebut sekali gus memperkenalkan cahaya matanya itu kepada semua menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

“Mama said she never knew how much pain a body can take, Subhanallah. Mama kata saya naughty sebab keluar awal 3 minggu.

“But Mama also said when she first heard me cry, segala sakit di dunia sudah tak ada makna, sebab Senja dah ubat kan segala galanya. I can’t wait to get to know my Baba & Mama. I heard they’re pretty cool together,” tulisnya.

Dalam perkongsian yang sama, Nadia turut mengumumkan nama anak sulungnya itu yang diberi nama Senja Aqila Saiful Ridzuan.

Rata-rata peminat dan pengikutnya di laman Instagram gembira dengan perkongsian tersebut dan turut memberikan ucapan tahniah serta kiriman doa buat Nadia sekeluarga.

Nadia dan suami, Saiful Ridzuan yang juga merupakan anggota kumpulan Seven Collar T-Shirt mendirikan rumah tangga pada 20 April 2018.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!