X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Konvoi sampai langgar lampu isyarat

Konvoi melanggar lampu isyarat selain mengganggu aliran trafik dikecam netizen.
A
A

SHAH ALAM - Tular video di laman sosial menunjukkan beberapa buah kenderaan bertindak menghalang laluan pengguna jalan raya di sebuah persimpangan lampu isyarat mendapat kecaman netizen.

Rakaman dari papan pemuka kereta atau 'dashcam' berdurasi 1 minit 45 saat itu milik seorang pengguna jalan raya memaparkan sebuah kereta berhenti di tengah persimpangan bagi menghalang kenderaan dari arah kanan meneruskan perjalanan, bagi memberi laluan kepada rakan-rakan konvoi yang lain melalui jalan itu.

Tidak berapa lama kemudian, datang sebuah kereta Myvi turut berhenti di tengah persimpangan dan menyekat laluan itu sepenuhnya.

Kira-kira 19 buah kenderaan terlibat dalam konvoi tersebut dan tindakan itu membuatkan netizen berang kerana ia mengganggu aliran trafik dan melanggar lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah.

"Fuyyoo... kereta awam buat escort dengan pakaian awam eh. Lepas itu lampu merah pun main sedap je langgar jalan, cayalah, kasi 'highlight' sikit dgn @PDRMsia_Trafik @PDRMsia. Nak escort, buatlah surat dan minta bantuan khidmat JSPT terdekat. Bukan buat dang ikut kepala korang je!!!." ciap @razmeel.

Kata @edy, "Mohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan kepada mereka seperti ini. Berkonvoi sesuka hati. Menahan di lampu isyarat sesuka hati. Sampai menyusahkan pengguna jalan yang lain. Semoga kegiatan konvoi kat Malaysia dapat dipantau dan dikawal. Apa motif berkonvoi ni sebenarnya?."

Tambah @etila, "Orang awam tiada hak untuk tahan kenderaan di simpang lampu isyarat untuk memberi jalan kepada konvoi, sekalipun anda marshall."

Posting dimuat naik di Twitter My Watch tular di laman sosial dan mencecah 156,000 tontonan dan 9,145 ciapan dari netizen.