Rebut tawaran hebat Jualan Akhir Tahun Genting

Jualan Akhir Tahun bermula pada 12 Disember dengan pelbagai tawaran eksklusif.
Jualan Akhir Tahun bermula pada 12 Disember dengan pelbagai tawaran eksklusif.
A
A
A

JUALAN Akhir Tahun Genting melibatkan pusat beli-belah SkyAvenue, First World Plaza, Awana SkyCentral dan Genting Highlands Premium Outlets (GHPO), bermula 13 hingga 15 Disember ini.

Lebih menarik, ahli kad Ganjaran Genting (GR) Emas dan Platinum berpeluang membeli-belah awal, sehari sebelum Jualan Akhir Tahun bermula iaitu pada 12 Disember dengan pelbagai tawaran eksklusif.

Resort World Genting dalam satu kenyataan berkata, diskaun sehingga 80 peratus ditawarkan untuk sebarang pembelian hadiah istimewa musim perayaan dan pelbagai promosi, selain hadiah menanti di outlet peruncitan serta minuman dan makanan (F&B) yang mengambil bahagian termasuk taman tema.

"Kadar parkir istimewa bersama tiket pergi dan balik Awana SkyWay bernilai RM40 ditawarkan pada harga hanya RM12 yang boleh dibeli di RWG One Hub di GHPO.

"Dapatkan GR iaitu Pas Previu Taman Tema Tertutup Skytropolis berharga RM18 yang bernilai RM60 dan ke atas dengan pembelian minimum RM200, maksimum dua resit," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Peraduan Tangkap, Muat Naik, Menang turut dianjurkan dan untuk menyertainya, peserta perlu menangkap gambar dengan masthead Jualan Akhir Tahun Genting 2019 serta muat naik ke Facebook atau Instagram dengan tanda pagar #RWGYES.

"Sahkan muat naik peraduan atau mohon untuk menjadi ahli Ganjaran Genting di kaunter yang disediakan di Aras 2, First World Plaza.

"Di Ripley's Adventureland, nikmati tawaran beli satu tiket percuma satu atau percuma satu tiket dengan pembelian minimum RM30 dalam satu resit daripada outlet F&B Only World Group terpilih.

Artikel Berkaitan:

Buat mereka yang gemarkan makanan, Jualan Akhir Tahun Genting turut menyediakan sesuatu untuk anda," menurut kenyataan itu.

Singgah di restoran Burger and Lobster dan nikmati Burger Mayfair secara percuma dengan pembelian dua hidangan udang karang.

Selain itu, pengunjung juga boleh mengunjungi beberapa restoran lain seperti Wanhoi Yamch’a, Tampopo, Tai Bae, C Chuan Village, Nicsmann 1940s, Beauty in The Pot, Hansburger dan Pie in the Sky yang turut menawarkan tawaran beli satu percuma satu dan diskaun 50 peratus.

Outlet-outlet berjenama seperti Clé de Peau Beauté, Furla, Tory Burch, Longines dan Sulwhasoo turut menawarkan tawaran menarik dan hadiah dengan setiap pembelian.

Jualan Akhir Tahun Genting akan bermula pada 12 Disember, secara eksklusif buat ahli Kad GR Emas dan Platinum sebelum ia dibuka kepada orang ramai bermula 13 hingga 15 Disember.