Pemilik restoran akur arahan JAIS

Ayat bertulisan jawi yang digantung telah diarahkan supaya diturunkan oleh JAIS.
Ayat bertulisan jawi yang digantung telah diarahkan supaya diturunkan oleh JAIS.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemilik restoran akur dengan arahan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya menurunkan sebarang papan tanda atau hiasan yang mempunyai ayat al-Quran atau tulisan jawi di premis mereka.

T Krisnasamy berkata, dia bersama rakan kongsi restoran itu pada mulanya tidak mengetahui mengenai peraturan atau syarat mengenai perkara itu sehinggalah pemeriksaan pihak JAIS, kelmarin.

"Memang sebelum ini saya tak tahu menahu menjadi kesalahan menampal papan tanda berkenaan.

"Saya juga sebelum ini tetap menitikberatkan soal kebersihan termasuk menyediakan ruang solat bersih untuk pelanggan beragama Islam," katanya.

Terdahulu, pada awalnya tular di media sosial insiden pekerja restoran berkenaan ditampar oleh pelanggan selepas menegur seorang lelaki yang merokok di dalam premis berkenaan.

Insiden tersebut menyebabkan pemilik restoran membuat laporan polis bagi tujuan menjaga keselamatan pekerjanya.

Namun, hasil laporan polis dibuatnya itu kemudiannya tular dan mendedahkan kepada netizen bahawa restoran berkenaan bukannya dimiliki seorang Muslim.

Mengulas insiden pekerjanya ditampar pelanggan, Krisnasamy berkata, dia pada mulanya tidak mahu memanjangkan perkara itu dan meminta pekerjanya memaafkan si pelaku.

Artikel Berkaitan:

"Pekerja saya ditampar kerana hanya menegur pelanggan merokok, kali pertama berlaku, jadi saya minta pekerja saya melupakannya.

"Namun apabila hampir berlaku kejadian sama buat kali kedua, saya terpaksa buat laporan polis demi menjaga keselamatan mereka," katanya.