Korban letusan gunung berapi NZ meningkat kepada 5 orang

Pengendali lawatan di White Island menyelamatkan pengunjung susulan letusan gunung berapi hari ini. - Foto: Michael Schade, via Agence France-Presse
Pengendali lawatan di White Island menyelamatkan pengunjung susulan letusan gunung berapi hari ini. - Foto: Michael Schade, via Agence France-Presse
A
A
A

WELLINGTON - Angka kematian susulan letusan gunung berapi White Island di New Zealand meningkat kepada lima orang manakala ramai mangsa dilaporkan cedera, kata polis hari ini.

"Mangsa yang maut ialah mereka yang diselamatkan dari pulau terbabit awal hari ini,' kata Timbalan Komisioner, John Tims kepada wartawan sambil menambah 18 orang yang lain dirawat akibat kecederaan.

Menurut Tims, tiada sebarang hubungan komunikasi dengan sebuah lagi kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang yang masih berada di pulau tersebut selepas letusan berlaku dan nasib mereka masih belum diketahui. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut letusan gunung berapi di NZ

Gunung berapi di New Zealand meletus tiba-tiba

Seorang kritikal susulan letusan gunung berapi di NZ

Artikel Berkaitan: