Kajang Silk terima penarafan MyGHI

Sijil pengiktirafan itu telah disampaikan Dr Syed Omar kepada Pengurus Besar Divisyen Operasi Lebuh Raya Prolintas, Mohd Fuad Kamal Ariffin (kanan).
Sijil pengiktirafan itu telah disampaikan Dr Syed Omar kepada Pengurus Besar Divisyen Operasi Lebuh Raya Prolintas, Mohd Fuad Kamal Ariffin (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Lebuhraya Kajang Silk (Silk) menerima anugerah Penarafan Indeks Lebuh Raya Hijau (MyGHI) bagi kategori Lebuhraya Bertol pada Majlis Penganugerahan Penarafan Indeks Lebuh Raya Hijau, baru-baru ini.

Anugerah itu merupakan pengiktirafan terhadap komitmen Kajang Silk menjadi lebuh raya mesra alam berdasarkan penilaian dibuat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diadakan setiap tiga tahun sekali.

Sijil pengiktirafan telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin kepada Pengurus Besar Divisyen Operasi Lebuh Raya Prolintas, Mohd Fuad Kamal Ariffin.

MyGHI bertujuan untuk mengukur indeks kehijauan lebuh raya yang merangkumi asas pembangunan sesebuah lebuh raya agar bersesuaian dengan iklim tropika.

Antara perkara yang diambil kira adalah indeks pencemaran udara dan inovasi bagi peralatan mitigasi pencemaran bunyi.

Pada 2016, satu lagi lebuh raya Prolintas iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (AKLEH) telah mendapat anugerah yang sama.

Artikel Berkaitan: