15,000 pelajar di Perak terima kelengkapan sekolah

Asmuni (tengah) bersama pelajar-pelajar yang menerima set kelengkapan sekolah pada Majlis Penyerahan Sumbangan Back To School kepada 224 pelajar dan 20 Biasiswa Menteri Besar Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Said, Manjoi hari ini.
Asmuni (tengah) bersama pelajar-pelajar yang menerima set kelengkapan sekolah pada Majlis Penyerahan Sumbangan Back To School kepada 224 pelajar dan 20 Biasiswa Menteri Besar Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Said, Manjoi hari ini.
A
A
A

IPOH - Seramai 15,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh daerah menerima manfaat daripada Program Back To School yang dikendalikan oleh Yayasan Perak.

Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, ia membabitkan peruntukan sejumlah RM2.25 juta yang turut disumbangkan oleh kerajaan negeri dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Pelajar akan menerima set kelengkapan sekolah seperti uniform lengkap, beg sekolah dan peralatan menulis sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah.

"Majlis penyerahan akan diadakan secara berperingkat melibatkan kesemua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga 21 Disember ini," katanya.

Asmuni berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan 'Back To School' kepada 224 pelajar dan 20 Biasiswa Menteri Besar Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Said, Manjoi di sini hari ini.

Asmuni yang juga Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak berkata, jumlah penerima tahun meningkat sebanyak 5,000 berbanding 10,000 penerima tahun lalu.

"Kesemua penerima adalah daripada keluarga asnaf, B40 dan senarai bantuan e-kasih. Pelajar ini dipilih dalam kalangan yang memerlukan tanpa melibatkan pencapaian akademik.

"Bagaimanapun, kita maklum bahawa jumlah itu tidak mencukupi namun, ia sebagai tanda prihatin kerajaan negeri mengikut peruntukan yang sedia ada. Jika ada pertambahan peruntukan tahun depan, kita akan tingkatkan lagi jumlah penerima," katanya.

Artikel Berkaitan: