Sajian kombinasi ala Timur, Barat di Concorde Shah Alam

AYAM belanda panggang sos lada hitam ini antara menu signatur yang disajikan.
AYAM belanda panggang sos lada hitam ini antara menu signatur yang disajikan.
A
A
A

KEPADA pencinta hidangan ala Barat, jangan lepaskan peluang mengunjungi Melting Pot Cafe di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor bermula pada 24 Disember ini.

Festival Menu berkenaan dijadualkan berlangsung selama empat hari sahaja iaitu pada 24, 25 dan 31 Disember 2019 serta 1 Januari 2020.

Sama seperti tahun sebelum ini, Hotel Concorde Shah Alam dilihat masih meneruskan tradisi hidangan minum petang dan bufet makan malam yang bersesuaian dengan selera pengunjung khususnya masyarakat lokal.

Menurut Cef Eksekutif Hotel Concorde Shah Alam, Alham Daldiri, pada tahun ini pihak hotel menyuntik kelainan.

CONN6
CONN6

"Sebut sahaja festival, pasti kita membayangkan sajian variasi rasa, warna dan tekstur. Disebabkan itu, kami mengambil inisiatif menyediakan makanan konsep timur dan barat bagi memberi kepelbagaian menu kepada pengunjung.

"Selain masakan Melayu pelanggan juga berpeluang menikmati menu tradisional ala barat bersesuaian dengan selera semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang," jelas beliau ketika ditemui Femina pada Majlis Pelancaran Menu Festival Hotel Concorde Shah Alam baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

MELTING Pot Cafe di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor menampilkan dekorasi dan ruang duduk yang selesa.
MELTING Pot Cafe di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor menampilkan dekorasi dan ruang duduk yang selesa.

Antara yang ditawarkan ialah hidangan ayam belanda panggang bersama sos lada hitam, ikan tuna yang disajikan dengan sos wasabi madu, seleksi keju, sup asparagus berkrim, variasi roti dan ayam roulade tomato concase.

Tambah menarik, selain menu utama para pelanggan juga berpeluang menjamu selera dengan aneka pemanis mulut dan biskut termasuk kek yang menerapkan dekorasi comel dan menarik.

ANEKA manisan yang lazat dan menyelerakan.
ANEKA manisan yang lazat dan menyelerakan.

"Istimewanya semua hidangan daripada pembuka selera, sajian utama, minuman hinggalah manisan semuanya dimasak oleh barisan cef dalaman hotel ini," jelas beliau lanjut.

No Image Caption

Bufet makan malam

Harga:

RM120 nett dewasa

RM60 nett kanak-kanak (4-6 tahun)

Masa operasi: 7 malam-10.30 malam

(24 Disember 2019)

Hi-Tea

Harga:

RM70 nett dewasa

RM35 nett kanak-kanak (4-6 tahun)

Masa operasi: 12 tengah hari- 4.30 petang (25 Disember 2019)

Lokasi: Melting Pot Cafe, aras bawah, Hotel Concorde Shah Alam, Selangor

Web: https://shahalam.concordehotelsresorts.com