MOM bincang nasib ISAM: Mohd Nazifuddin

Datuk Mohd Nazifuddin Najib
Datuk Mohd Nazifuddin Najib
A
A
A

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) akan membincangkan nasib Persatuan Luncur Ais Malaysia ISAM) semasa mesyuarat Lembaga Eksekutifnya esok selepas persatuan itu dibatalkan pendaftaran oleh Pesuruhjaya Sukan.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, sebaik sahaja dibincangkan, isu itu akan dibawa ke mesyuarat MOM pada Mac untuk memutuskan sama ada ISAM harus kekal sebagai gabungan MOM.

"Buat masa ini, ISAM masih lagi anggota gabungan MOM dan prosesnya mesti melalui Majlis terlebih dahulu. Sekiranya masalah itu tidak diselesaikan sehingga Mac, ini bermakna ISAM tidak mempunyai peluang untuk kekal sebagai anggota kami.

Mengenai Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF) yang didaftarkan baru-baru ini dan diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan, kami tidak menerima apa-apa permohonan untuk menjadi gabungan kami.

"Sama ada mereka boleh menjadi anggota gabungan kami atau tidak, ia bergantung kepada kesesuaian dalam permohonan dan sokongan dari badan dunia, International Skating Union (ISU). Tetapi, penyelesaian terbaik ialah kedua-dua badan itu bekerjasama demi ebaikan sukan, " katanya selepas mengadakan pertemuan dengan ISAM di sini, hari ini.

Mohd Nazifuddin berkata, MOM memandang serius perkara ini kerana ISAM tidak boleh menggunakan sekitar RM300,000 daripada dananya, yang sebahagian daripadanya adalah geran diterima daripada ISU, untuk pembangunan luncur ais di negara ini.

“Mereka Berjaya mendapatkan dana yang banyak, kalau tidak diselamatkan, ia akan masuk ke dalam insolvensi dan tidak boleh digunakan untuk pembangunan sukan. ISAM juga mempunyai pelaburan dalam peralatan “short dan speed skating” yang tidak dapat digunakan,” katanya.

Terdahulu, B. Chendren iaitu bapa kepada atlet peluncur ais Sree Abiraame, bimbang bahawa impian anak perempuannya untuk merangkul pingat emas Olimpik akan berkecai akibat pembatalan persatuan itu.

Artikel Berkaitan:

Atlet luncur berusia 7 tahun itu menjadi sensasi sukan di Malaysia a;pabila meraih pelbagai gelaran sepanjang tahun lalu termasuk pingat emas (kategori bawah 7 tahun) masing-masing dalam Ice Skating Institute (ISI) Asia Skate di Bangkok dan Shenzhen, China tahun lepas walaupun berasal dari negara yang tidak pernah mengalami musim sejuk.

Chendren mendakwa ISAM dibatalkan pendaftaran oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada Mei 2018 kerana tidak mengemukakan laporan tahunan dan kewangan bagi 2008-2014 dan 2015-2017 semasa tempoh pemegang jawatan sebelumnya menyandang jawatan.

"Pertama mengapa Pesuruhjaya Sukan membatalkan pendaftaran ISAM sekarang, kenapa tidak membatalkan ISAM ketika itu? Kami tidak faham mengapa tindakan itu diambil untuk kesilapan yang dilakukan oleh lembaga sebelumnya apabila orang yang mengadu kepada mereka adalah presiden ISAM dalam tempoh itu? "kata Chendren, yang juga setiausaha agung ISAM sekarang.

"Kedua, bagaimana Pesuruhjaya Sukan membenarkan pendaftaran badan baharu, MISF, apabila orang yang sama menerajuinya sekarang. Ketiga, ini mencemarkan imej negara di arena antarabangsa kerana ISAM didaftarkan di bawah ISU, " katanya.

Chendren mendakwa bahawa Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman mengambil keputusan untuk membatalkan pendaftaran tanpa memberi peluang kepada ISAM untuk memberi penjelasan.

Sementara itu, presiden ISAM, Billy Johan berkata, lapan atlet luncur ais telah melayakkan diri ke ISU World Junior Short Track Speed Skating Championship 2019 dari 25 hingga 25 Jan, tetapi atlet-atlet berkenaan tidak tahu nasib mereka kerana persatuan itu tidak dapat menggunakan dana selepas akaunnya dibebaskan.

"Daripada lapan, dua atlet sudah menarik diri, dan kami tidak pasti tentang baki enam lagi atlet. Kos untuk setiap atlet luncur ais boleh mencecah RM12,000, jadi ibu bapa mereka bimbang sekarang, " katanya. - Bernama