Tun M bantah serah FGV kepada pihak ketiga

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad -Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad -Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membantah sekiranya Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) diserahkan kepada pihak ketiga.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan menolak sekiranya anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu dijual demi menampung kewangan kerajaan.

"Kerajaan sekarang memang memerlukan wang yang banyak, jadi apa yang boleh dijual kita juallah.

"Soal jualan hartanah milik kerajaan memang kita selalu lakukan kerana kita memiliki banyak tanah. Kerajaan tidak berupaya memajukannya, jadi daripada ia terbiar sekurang-kurangnya kerajaan memperoleh hasil" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan Jakel cawangan ke-22 di sini.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional, Datuk Mazlan Aliman mendakwa terdapat gerakan dan usaha pihak ketiga untuk mengambil alih kepentingan Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) daripada pentadbiran Felda dalam masa terdekat.

Sebuah portal berita memetik sumber turut melaporkan pihak ketiga itu mempunyai pelan menguasai FGV dengan membeli 20 peratus kepentingan dalam syarikat gergasi perladangan itu.

Ketika ini, Felda menguasai saham majoriti iaitu 33.6 peratus melalui pegangan terus sebanyak 12.2 peratus serta Felda Aset Holdings sebanyak 12.4 peratus yang berfungsi sebagai sumber dana bagi membiayai dan membantu peneroka.

Artikel Berkaitan: