Agong berundur sebab Mahathir?

Zulhazmi menunjukkan laporan berhubung pengunduran Sultan Muhammad sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Zulhazmi menunjukkan laporan berhubung pengunduran Sultan Muhammad sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengunduran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bukan disebabkan perbezaan pendapat dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Ketua Pemuda PH Kelantan, Zulhazmi Hassan berkata, dakwaan tersebut sengaja dicipta oleh pembangkang bagi memberi gambaran buruk terhadap keakraban dua tokoh tersebut.

Menurutnya, gosip liar ini tidak benar kerana tiada sebab mereka bermusuhan sedangkan Tuanku sendiri memperkenankan pelantikan perdana menteri selepas PRU14 lalu.

Katanya, peralihan kuasa ketika pilihan raya lalu, berjalan lancar hasil kerjasama Tuanku dan perdana menteri.

"Bukan itu sahaja, kami menjunjung kasih terhadap keprihatinan Baginda kerana memberi pengampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami pastinya berduka dengan berita pengunduran Baginda namun dalam masa sama kami gembira kerana Tuanku akan kembali ke Kelantan," katanya.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz memgumumkan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat-kuasa serta merta.

Peletakan jawatan baginda itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Baginda sudah memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.