X

Kindly register in order to view this article
!

Alami pengembaraan Jumanji Krismas di Aman Central

Mohd Firdaus (empat dari kiri) dan Ken Chin (dua dari kanan) bersama tetamu kehormat melancarkan kempen Jumanji Krismas di Aman Central.
A
A

ALOR SETAR - Pengunjung pasti tidak mahu melepaskan keseronokan musim cuti sekolah yang menampilkan lebih keseronokan, cabaran, memori indah serta mendebarkan berkonsepkan Jumanji Krismas di Aman Central.

Pengunjung juga dapat mengalami perasaan sebenar yang mempesonakan dalam ikonik papan permainan Jumanji semasa percutian ini, dibawakan dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment.

Dekorasi hutan sebenar dalam pusat membeli-belah dengan kehadiran taman permainan Jumanji pastinya pengalaman baharu yang menyeronokkan, dengan hiasan tumbuhan mengelilingi seluruh atrium, rumah pokok untuk anak-anak mencari tempat perlindungan, gajah gagah menghadap ke hadapan pintu masuk Jumanji serta aksi harimau mengintai mencari mangsa seterusnya. Inilah gambaran adegan sebenar dari filem Jumanji.

Pelbagai pertandingan dan hadiah, penebusan, serta acara bertemakan Jumanji Krismas turut disediakan sebagai tarikan baharu.

Pengurus Kanan Pemasaran & Komunikasi Aman Central, Ken Chin berkata, kegembiraan Krismas mendorong Aman Central membawa keajaiban ke pusat membeli-belah itu bagi membolehkan semua pengunjung menghayati dunia Jumanji dengan elemen pengembaraan, keseronokan dan harapan.

“Jumanji Krismas diilhamkan khas untuk mereka yang mahu mencari jalan keluar meninggalkan dunia sebenar mereka," katanya ketika majlis pelancaran Jumanji Krismas yang disempurnakan Exco Penerangan, Mohd Firdaus Ahmad.

Hadir sama, Pengarah Belleview Group, Grace Ho; Pengarah Belleview Group, Datin Suryani; Pengurus pemasaran Sony Pictures Entertainment Malaysia, Catherine Chai; serta Pengurus Besar Operasi Menteri Besar Kedah Incorporated, Alsyukri Hamzah.

Ken Chin berkata, tema Jumanji Krismas dipilih untuk menekankan bahawa tidak semestinya perayaan itu diraikan dalam cuaca sejuk, yang penting adalah diraikan bersama insan disayangi.

“Kita wujudkan suasana Krismas dengan lagu Jingles Krismas serta pokok gergasi di tengah-tengah atrium dengan perhiasan lampu dongeng!,” katanya.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Peraduan Fotografi Jumanji bermula pada 18 November hingga 29 Disember ini yang menawarkan pengembaraan menakjubkan ke Gunung Bromo untuk dua orang.

Gunung berapi aktif yang paling ikonik di Indonesia terletak di Jawa Timur, pastinya akan menjadi momen indah.

Anda hanya perlu bergambar di Jumanji Christmas Décor, muat naik di Instagram dan hashtag #ACContest #Jumanji #JumanjiChristmas. Peserta juga akan menikmati satu tiket filem percuma yang diberikan setelah penyertaan sementara stok masih ada. Jika anda tidak terpilih sebagai pemenang hadiah utama, hadiah konsolasi Jumanji Eksklusif Movie Collectibles menanti anda.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus