Air New Zealand perkenal cawan kopi boleh dimakan

Air New Zealand berkata, cawan kopi berperisa vanila itu kalis bocor. - Foto Air New Zealand
Air New Zealand berkata, cawan kopi berperisa vanila itu kalis bocor. - Foto Air New Zealand
A
A
A

WELLINGTON - Syarikat penerbangan Air New Zealand memperkenalkan cawan kopi boleh dimakan bagi mengurangkan sisa sampah dalam pesawatnya.

Dihasilkan syarikat tempatan Twiice, ia dibuat menggunakan biscotti berperisa vanila dan bersifat kalis bocor.

Menurut syarikat penerbangan kebangsaan yang menghidangkan lebih lapan juta cawan kopi setahun itu, pihaknya mahu mengurangkan jumlah bahan buangan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Air New Zealand berkata, cawan kopi itu diuji sebagai sebahagian usahanya mencari langkah inovatif untuk menangani cabaran kemampanan.

“Cawan itu popular dalam kalangan pelanggan yang pernah menggunakannya,” kata Niki Chave dari Air New Zealand.

Namun beberapa pengguna media sosial berkata syarikat penerbangan harus membuat perubahan lebih besar sekiranya ingin membantu alam sekitar. - Agensi

Artikel Berkaitan: