International Songket Run 2.0 cipta rekod Malaysia Book of Records

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan majlis perasmian International Songket Run 2.0 di MSU di Seksyen 13, Shah Alam semalam.
Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan majlis perasmian International Songket Run 2.0 di MSU di Seksyen 13, Shah Alam semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Management and Science University (MSU) melakar sejarah tersendiri apabila julung kalinya menganjurkan International Songket Run 2.0 di sini semalam.

Bukan itu sahaja, program yang disertai seramai 4,868 peserta itu turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai The Largest Participation In A Songket Running Event.

Penganjuran yang disertai seramai 4868 peserta ini turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Record(MBR) sebagai The Largest Participation In A Songket Running Event.
Penganjuran yang disertai seramai 4868 peserta ini turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Record(MBR) sebagai The Largest Participation In A Songket Running Event.

Presiden MSU, Tan Sri Mohd Shukri Ab Yajid berkata, International Songket Run 2.0 merupakan kesinambungan daripada pencapaian pada tahun lalu.

"Tahun lalu MSU turut menempa sejarah apabila mencipta rekod MBR iaitu The Largest Number of People Wearing or Having Songket Elements As Part of Their Dressing.

"Pencapaian ini merupakan rekod ke-36 MSU dalam Malaysia Book Of Records serta merupakan institusi pengajian tinggi paling banyak tersenarai dalam MBR," katanya.

Peserta terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur menyertai International Songket Run 2.0 hari ini.
Peserta terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur menyertai International Songket Run 2.0 hari ini.

Beliau berkata demikian pada penganjuran International Songket Run 2.0 di Management and Science University (MSU) di Seksyen 13 di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Katanya, program itu dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan menghargai warisan songket.

"Ia sekali gus sebagai menghargai warisan songket dari segi pakaian, kraf tangan dan budaya.

"Penganjuran larian edisi kedua kali ini turut bermatlamat untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) merangkumi pelaksanaan 17 matlamat bagi pembangunan manusia sejagat," katanya.

Peserta berpakaian songket antara yang mencuri tumpuan dalam International Songket Run 2.0 hari ini.
Peserta berpakaian songket antara yang mencuri tumpuan dalam International Songket Run 2.0 hari ini.

Menurutnya, larian sejauh lima kilometer itu meliputi sekitar kawasan Seksyen 13, Shah Alam di sini.

"Larian bermula dan berakhir di kampus MSU Seksyen 13 melibatkan pelbagai bangsa dan peringkat umur.

"Lebih menarik pelajar termasuk pelajar antarabangsa mengenakan pelbagai motif busana songket," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyempurnakan perasmian program itu.

Hadir sama, Naib Canselor MSU, Prof Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.