20 kucing menanti 'keluarga baharu'

MBSA menawarkan 20 ekor kucing kepada peminat haiwan berkenaan yang mahu menjadikannya sebagai kucing angkat.
MBSA menawarkan 20 ekor kucing kepada peminat haiwan berkenaan yang mahu menjadikannya sebagai kucing angkat.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan 20 ekor kucing kepada peminat haiwan berkenaan yang mahu menjadikannya sebagai kucing angkat.

Peminat kucing yang berminat boleh mengambil 'kucing angkat' berkenaan pada program Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga 11 pagi.

MBSA dalam satu kenyataan berkata, bayaran sebanyak RM30 dikenakan bagi seekor kucing.

Bayaran sebanyak RM30 dikenakan bagi seekor kucing.
Bayaran sebanyak RM30 dikenakan bagi seekor kucing.

"Kesemua kucing berkenaan telah dimandul serta divaksin.

"Pengunjung yang berminat hanya perlu membawa 'carrier' sendiri untuk menempatkan kucing angkat dipilih," katanya.

Artikel Berkaitan: