Gigih ambil gambar 'keluarga lengkap'

Kathy Smith berjaya mengambil gambar 'keluarga' terdiri daripada lapan ekor anjing dan sembilan ekor kucing. - Foto Kennedy News and Pictures
Kathy Smith berjaya mengambil gambar 'keluarga' terdiri daripada lapan ekor anjing dan sembilan ekor kucing. - Foto Kennedy News and Pictures
A
A
A

WALES - Memastikan seekor anjing atau kucing duduk diam ketika mengambil gambar bukanlah satu tugas mudah apatah lagi melakukannya dengan 17 ekor haiwan peliharaan itu.

Pujian harus diberikan kepada Kathy Smith, 30, kerana berjaya mendapatkan gambar 'keluarga' yang lengkap dan sempurna.

Wanita berasal dari Corwen, Wales itu mengambil masa seminggu bagi mendapatkan gambar lapan ekor anjing dan sembilan ekor kucing peliharaannya duduk bersama di sofa.

"Saya sayang semua haiwan peliharaan saya dan berasa amat gembira apabila kesemuanya dapat bergambar bersama walaupun ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan," kata Kathy.

Kathy terpaksa mencuba beberapa kali bagi merakam gambar yang sempurna sebelum kesemua anjing dan kucingnya membuat hal masing-masing.

Menurut wanita itu, anjing-anjingnya akan duduk jika diberikan snek namun kucing-kucingnya agak sukar untuk 'mendengar kata'.

Kathy gemar menyelamatkan serta menjaga haiwan peliharaan dan hidupan liar yang memerlukan dan sesiapa yang datang ke rumahnya pasti terkejut dengan jumlah haiwan peliharaannya yang banyak. - Agensi

Artikel Berkaitan: