X

Kindly register in order to view this article
!

Tengku Mahkota Kelantan lawat mangsa banjir

Nurul Syuhada' dan anak-anaknya teruja disantuni Dr Tengku Muhammad Fa-iz.
A
A

PASIR MAS - Perasaan duka mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Meranti di sini sedikit terubat apabila Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan mencemar duli melawat mereka.

Jika sebelum ini mereka di PPS sedih memikirkan rumah ditenggelami air dan harta benda rosak akibat banjir, namun dengan kehadiran baginda memberi keceriaan kepada mangsa banjir.

Salah seorang mangsa banjir, Nurul Syuhada' Shafiee, 29, berkata, dia begitu teruja dapat bertemu baginda secara dekat.

Nurul Syuhada' berkata, biasanya dia hanya melihat baginda menerusi kaca televisyen dan surat khabar sahaja.

"Selama 29 tahun umur saya, inilah kali pertama berdepan secara langsung dengan baginda.

"Detik manis yang saya rakam hari ini akan dikenang sepanjang hayat dan diceritakan kepada generasi akan datang," katanya yang berasal dari Kampung Kubang Binjal.

Terdahulu, Dr Tengku Muhammad Fa-iz mencemar duli mengagihkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS SK Bakong dekat sini hari ini.

Turut mengiringi baginda, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!