X

Kindly register in order to view this article
!

23 GRO warga asing ditahan di pusat hiburan

Wanita warga asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen di sebuah pusat hiburan pada 4 Disember lalu.
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menahan 23 wanita warga asing di sebuah pusat hiburan terkenal di sini kerana disyaki berkhidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam satu operasi pada 4 Disember lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi pada jam 10 malam itu turut menahan tiga lelaki warga asing.

"Operasi yang melibatkan 12 pegawai penguatkuasa Imigresen dari Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa telah memeriksa seramai 55 orang dan 26 daripadanya telah ditahan," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Khairul Dzaimee berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 16 orang wanita warga Thailand, enam wanita warga Vietnam, seorang wanita warga Laos, dua lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki warga Thailand.

“Kesemua mereka disyaki bekerja sebagai penari, penyanyi, GRO dan juga pekerja premis itu.

"Hasil siasatan mendapati mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial," katanya.

Katanya, pihaknya juga mendapati premis tersebut dikawal ketat oleh tonto dan penjaga premis akan membawa lari wanita GRO menggunakan kenderaan khas yang tersedia di luar premis jika tempat itu diserbu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!