X

Kindly register in order to view this article
!

Menolak kanak-kanak keluar saf perbuatan buruk: Mufti Perlis

Sebelum ini tular sepucuk surat dari seorang kanak-kanak di media sosial yang meluahkan rasa kesalnya kerana dihalau ke saf belakang ketika solat di sebuah surau. Gambar kiri: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
A
A

KANGAR - Tindakan sesetengah individu dewasa yang menolak kanak-kanak keluar daripada saf hadapan ketika solat berjemaah adalah satu perbuatan yang buruk.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan itu juga tidak menepati akhlak Rasulullah SAW.

Menurutnya, Rasulullah SAW tidak pernah menghalau kanak-kanak keluar dari saf solat sepanjang baginda menunaikan solat bersama-sama dengan mereka.

"Baginda tidak pernah keluarkan mereka ke saf belakang jika kanak-kanak berada di dalam saf bersama orang dewasa dan sentiasa melayani golongan itu dengan penuh kemesraan.

"Namun begitu sudah menjadi fenomena biasa di masjid yang bertindak mengeluarkan kanak-kanak ke belakang dengan alasan mereka belum baligh," katanya ketika kuliah di sebuah masjid di negeri ini malam tadi.

Sebelum ini tular sepucuk surat dari seorang kanak-kanak di media sosial yang meluahkan rasa kesalnya kerana dihalau ke saf belakang ketika solat di sebuah surau.

Surat yang tular itu mendapat perhatian serta pujian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri atas keberaniannya kanak-kanak berkenaan.

Dr Asri berkata, tindakan berkenaan juga membuatkan masjid tidak mesra kanak-kanak dan paling menyedihkan ada sebahagian masjid tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke dalam ruangan solat.

"Perbuatan itu menjadikan kanak-kanak tidak mahu lagi bersolat di masjid," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN 'Saya dah bersunat, jangan halau dari saf pertama'