UUM di kedudukan ke-64 terbaik dunia

UUM terus menunjukkan pencapaian terbaik sehingga mendapat pengiktirafan dunia. - Foto UUM
UUM terus menunjukkan pencapaian terbaik sehingga mendapat pengiktirafan dunia. - Foto UUM
A
A
A

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) berada pada kedudukan ke-64 dunia dalam UI GreenMetric World University Rankings 2019 yang diumum baru-baru ini.

Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pencapaian itu meningkat 12 anak tangga berbanding tahun 2018 yang mana UUM berada di kedudukan ke-76 serta di kedudukan keempat di Malaysia.

"Pencapaian itu amat membanggakan kerana tahun demi tahun UUM terus menunjukkan pencapaian terbaik dan menonjolkan peningkatan sehingga mendapat pengiktirafan dunia," katanya.

Ahmad Bashawir
Ahmad Bashawir

Beliau berharap warga UUM dapat terus berusaha untuk mengekalkan kehijauan alam sekitar yang terdapat dalam universiti itu serta memastikan UUM terus dikenali seluruh dunia dengan keindahan flora fauna.

"Selain itu pelbagai kemudahan yang disediakan di sini bukan sahaja untuk kegunaan warga kampus, malah untuk pelancong luar dan generasi akan datang," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashawir berkata, UUM berada di kedudukan 50 terbaik dunia bagi tiga kategori iaitu Education (ke-20), Transportation (ke-22) dan Setting & Infrastructure (ke-26).

"UI GreenMetric World University Rankings pula menilai amalan kelestarian kampus dalam enam kategori utama iaitu Setting & Infrastructure (15 peratus), Energy and Climate Change (21 peratus), Waste (18 peratus), Water (10 peratus), Transportation (18 peratus) dan Education (18 peratus).

Artikel Berkaitan:

"UI GreenMetric World University Rankings dirangka bertujuan untuk meningkatkan amalan kelestarian kampus, selain pada masa yang sama menyokong agenda Sustainable Development Goals (SDG), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.

Untuk rekod, pada tahun ini UI GreenMetric World University Rankings berjaya menyenaraikan 780 universiti daripada 85 buah negara berbanding 719 universiti daripada 81 negara pada 2018.

Keputusan penuh UI GreenMetric World University Rankings boleh dicapai melalui http://greenmetric.ui.ac.id/