Kamis Samin dilantik Ketua Pentadbir parlimen baharu

Kamis Samin
Kamis Samin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Setiausaha Bahagaian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri (BIUPA), Datuk Kamis Samin dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Parlimen, Kamis menggantikan menggantikan Datuk Awang Alik Jeman yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya pada tarikh yang sama.

"Beliau sebelum ini memegang jawatan Setiausaha (BIUPA) dari 2014 hingga 2019.

"Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Setiausaha (BIUPA) bermula 2011 hingga 2013," katanya, hari ini.

Artikel Berkaitan: