Lelaki India tubuh negara sendiri

Nithyananda Swami mengumumkan penubuhan negara sendiri yang diberi nama Kailaasa.
Nithyananda Swami mengumumkan penubuhan negara sendiri yang diberi nama Kailaasa.
A
A
A

MUMBAI - Seorang lelaki warga India yang dikehendaki polis berhubung dakwaan serangan seksual menubuhkan negara baharu untuk penganut Hindu.

Pernah mempunyai ribuan pengikut termasuk bintang filem dan ahli politik di India dan luar negara, Nithyananda Swami ditahan pada tahun 2010 susulan skandal seks.

Swami yang turut dituduh merogol dan menculik dilaporkan telah meninggalkan India namun kembali membuat kejutan pada minggu ini.

Menerusi video YouTube, Swami memaklumkan telah menubuhkan negara sendiri yang diberi nama Kailaasa yang menumpukan kepada pemeliharaan, pemulihan dan kebangkitan budaya dan tamadun berdasarkan Hinduisme yang asli.

Semua penganut Hindu boleh memohon kewarganegaraan di Kailaasa yang dinamakan sempena Gunung Kailash di Tibet yang dianggap suci oleh penganut Hindu dan Buddha.

Laman web https: kailaasa.org dilaporkan mempunyai imej bendera berbentuk tiga segi dan pasport namun tidak menyatakan di mana lokasi Kailaasa.

Namun, menurut media India, ia merupakan sebuah pulau di pesisir pantai Ecuador yang dibeli oleh beberapa pengikut kaya Swami.

Negara mikro seperti Kailaasa merupakan entiti yang mendakwa sebagai negara merdeka namun tidak diiktiraf oleh negara lain mahupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Artikel Berkaitan:

Ia selalunya ditubuhkan sebagai satu bentuk percubaan falsafah, protes politik, ungkapan artistik atau sekadar bersuka-suka, ada di antaranya mempunyai mata wang, perlembagaan dan tentera sendiri. - Agensi