Identiti pekerja bengkel rentung dikenal pasti

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang rentung untuk dibawa ke Unit Forensik HTAA bagi tujuan bedah siasat.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang rentung untuk dibawa ke Unit Forensik HTAA bagi tujuan bedah siasat.
A
A
A

KUANTAN - Polis sudah mengenal pasti identiti pekerja bengkel kimpalan yang rentung dalam kebakaran lori di sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian Semambu di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, mangsa yang rentung ialah Lai Hoy Shin, 45, dari Kampung Padang 48, Jalan Sungai Lembing di sini.

"Dalam kejadian itu, seorang mangsa yang juga pekerja bengkel berkenaan turut cedera dikenali sebagai Nur Kabir Abdul Hussein, 25.

"Mangsa yang cedera merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR) warga Myanmar," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 5.50 petang tadi sebelum sepasukan anggota ke lokasi untuk siasatan lanjut.

Keadaan lori membawa generator yang musnah terbakar sehingga mengorbankan nyawa seorang pekerja bengkel dan mencederakan seorang pekerja lain.
Keadaan lori membawa generator yang musnah terbakar sehingga mengorbankan nyawa seorang pekerja bengkel dan mencederakan seorang pekerja lain.

Menurutnya, ketika di lokasi, pihak bomba menunjukkan kedudukan mayat rentung yang berada bersebelahan dengan lori terbakar.

"Berdasarkan keterangan mangsa yang cedera (Nur Kabir), dia dan si mati sedang melakukan kerja-kerja kimpalan tangki minyak lori berkenaan kira-kira jam 5.30 petang sebelum berlaku letupan.

Artikel Berkaitan:

"Hoy Shin dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri akibat letupan dan Nur Kabir cuba membantu menyelamatkan rakan sekerjanya itu namun usaha gagal ekoran api marak secara tiba-tiba," katanya.

Mohd Noor berkata, kejadian dimaklumkan kepada pihak bomba sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi dan Indera Mahkota bersama tiga jentera ke lokasi bagi membantu memadam kebakaran.

"Siasatan awal pihak bomba mendapati mangsa pengsan terlebih dahulu akibat letupan tangki minyak lori berkenaan sebelum api menyambar dan membakar tubuhnya.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja bengkel kimpalan rentung