[VIDEO] 'Den kayo, den kayo'

Si bapa dan abang teruja menerima kek berisi duit hingga tular di laman sosial.
Si bapa dan abang teruja menerima kek berisi duit hingga tular di laman sosial.
A
A
A

GOMBAK - "Den kayo, den kayo," demikian kata-kata seorang bapa yang teruja apabila mengeluarkan sejumlah wang dari kek sempena sambutan hari ulang tahun ke-52 tahun di sini.

Video berdurasi 29 saat itu dimuat naik oleh Izzahilyanaa memaparkan gadis itu turut meraikan hari jadi abangnya ke-24 tahun.

Apa yang menarik perhatian ialah reaksi ayahnya yang begitu teruja dengan kejutan itu dan berjaya menghiburkan hati para netizen.

Gelagat abang dan ayahnya yang melucukan ketika menarik keluar duit yang diletakkan dalam kek tersebut turut mencuri tumpuan.

Bukan itu sahaja, si bapa juga dalam nada berseloroh meminta anak lelakinya menjenguk ke bawah meja kalau ada duit lagi.

Perkongsian tersebut telah menerima lebih 8,400 ciapan, 12,400 tanda suka dan 159,600 tontonan dari netizen.

Difahamkan, jumlah wang itu bernilai RM300 berdasarkan kepada nilai ringgit yang dipamerkan menerusi video tersebut.

Reaksi mereka terutamanya si ayah yang sangat teruja menghiburkan hati warganet.

Artikel Berkaitan:

@__nurnajihah berkata, "Den kayo! weh kelakarnya hahahahahahahaha." ciapnya.

Kata @amir_ramli94, "Den kayo Den kayo, semoga dimurahkan rezeki seluruh ahli keluarga awak."

Kata @nrfthhnjwrsmn, "Comel je bila ayah cakap 'singgit'. Ini mesti RM52, wuish banyaknya."

Menurut @HidayatMaddali, tatkala melihat kegembiran pada wajah kedua ibu bapa pasti menimbulkan perasaan tenang.

"Hahhahaa comel ja bila tengok orang tua kita senyum dan gembira macam itu, sejuk tengok. Rindu daaaa hahaha."

Link Twitter