Wajib isytihar harta hanya manifesto PH, kata Abdul Hadi

Abdul Hadi turut hadir pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
Abdul Hadi turut hadir pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan usul mewajibkan semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta lebih kepada usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memenuhi janji manifesto semata-mata.

Menurut Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, perkara itu tidak dilaksanakan mengikut undang-undang dan Perlembagaan.

"Dari segi undang-undang, dirasakan menepati undang-undang dan berperlembagaan? Tidak.

"Itu lebih janji dan manifesto (PH), yang penting adalah ikhlas (kalau hendak isytihar harta), kalau tidak ikhlas tidak ada maknanya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2019 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ahli Parlimen Pas yang belum mengisytiharkan harta.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong memaklumkan seramai 62 ahli Parlimen pembangkang belum mengisytiharkan harta.

Katanya, sepatutnya semalam merupakan hari terakhir untuk kesemua wakil rakyat berbuat demikian.

Menurut Vui Keong, kesemua ahli Parlimen yang belum mengisytiharkan harta terdiri daripada UMNO (36), MCA (1), MIC (1), Pas (18), GPS (3), STAR (3) dan dua Bebas.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, pada 1 Julai lalu Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul yang mewajibkan semua ahli Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.