X

Kindly register in order to view this article
!

Sampah haram punca longkang tersumbat

Sampah haram menghalang laluan air.
A
A

KEMAMAN - Pembuangan sampah haram menyebabkan longkang di kawasan perumahan Rumah Murah Taman Semarak Binjai (RMTS) di sini tersumbat dan tidak dapat mengalirkan air.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) RMTS, Hasbullah Mohd. berkata, keadaan itu disedari penduduk di kawasan terbabit sebelum menghubungi Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Rabu lalu untuk tindakan lanjut.

"Kita terima maklumat daripada warga RMTS melalui aplikasi mudah alih WhatsApp Komuniti RMTS dan terus menghubungi MPK memaklumkan perkara itu.

"Masalah ini berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam," katanya.

Jengkaut digunakan bagi membersihkan longkang tersumbat.
Jengkaut digunakan bagi membersihkan longkang tersumbat.

Hasbullah berkata, seramai 11 kakitangan Unit Flying Skuad dari Unit Tindakkan Khas (UTK) MPK dihantar bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan itu.

Sementara itu Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jusman Ibrahim berkata, pihaknya menghargai keprihatinan dan kerjasama orang ramai yang menyalurkan maklumat kepada MPK.

"MPK telah menyediakan nombor rasmi WhatsApp iaitu 0139237798 dan aplikasi atas talian Adu MPK yang boleh dimuat turun melalui 'play store' untuk memudahkan orang ramai menyalurkan aduan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!