Amaran hujan lebat di Sarawak sehingga esok

Jabatan Meteorologi Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Amaran cuaca peringkat waspada telah dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak, dengan hujan lebat dijangka berlaku hingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Sarawak adalah antara empat negeri yang sedang dilanda banjir dengan mencatatkan 93 orang mangsa daripada 19 keluarga dan kesemuanya ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Trusan, Lawas.

Lapan kampung yang terjejas akibat banjir di Sarawak ialah Kampung Seberang Kedai Trusan, Kampung Gelapas, Kampung Perumahan Gelapas, Kampung Masjid Trusan, Kampung Luagan Kelilang, Kampung Tengah Trusan, Kampung Lintang dan Kampung Berjumpa Sundar. - Bernama

Artikel Berkaitan: