Persatuan Seniman Malaysia kerugian RM5,000

Keadaan pejabat yang dipecah masuk.
Keadaan pejabat yang dipecah masuk.
A
A
A

AMPANG – [DIKEMASKINI] Persatuan Seniman Malaysia kerugian RM5,000 apabila pejabatnya di Taman Melawati, di sini, pecah masuk, pagi tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah berkata, kejadian itu disedari oleh salah seorang kakitangan Pejabat Seniman kira-kira jam 10 pagi.

“Kita telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk proses siasatan lanjut, kita juga berharap pihak berkuasa dapat menangkap suspek untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Kita menganggap ini adalah jenayah serius yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya melalui kenyataan media.

Beliau berkata, Pejabat Seniman Malaysia masih beroperasi seperti biasa bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat.

“Kita juga memohon agar seluruh Ahli-Ahli Seniman Malaysia untuk mendoakan agar perjalanan Persatuan Seniman diberkati dan dilindungi oleh ALLAH SWT,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel Berkaitan: