Jabatan Hidupan Liar Sabah siasat budak tunggang penyu

Gambar tular di media sosial
Gambar tular di media sosial
A
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew mengarahkan Jabatan Hidupan Liar Sabah supaya menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat berhubung gambar seorang kanak-kanak duduk di atas penyu yang kini tular di media sosial.

Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar Sabah semasa mengulas perkara itu berkata perbuatan berkenaan tidak boleh diterima kerana mereka kelihatan seolah-olah tidak menghargai hidupan liar, memandangkan penyu merupakan spesies dilindungi di Sabah.

"Saya tidak boleh mengulas lanjut sehingga siasatan selesai. Apa yang boleh saya katakan ialah ia merupakan pelanggaran terhadap pengiktirafan pelancongan kita.

"Kita mengalu-alukan pelancong datang ke Sabah dan melawat Sabah kerana terdapat banyak tempat menarik dan indah untuk pelancongan, dan pada masa yang sama, kita juga mengharapkan pelancong menghormati undang-undang kita untuk melindungi hidupan liar ... menangkap penyu dan memasukkannya ke dalam bot dan duduk di atasnya, tidak boleh diterima.

“ Kita akan menyiasat kerana pengendali bot dan syarikat pelancongan semestinya tahu jika mereka ada kaitan dalam hal ini,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: