X

Kindly register in order to view this article
!

Hukum susukan anak sejurus bersama suami

MENYUSUKAN anak selepas bersama suami adalah harus selagi tiada bukti ia boleh memberikan mudarat kepada bayi berkenaan. -Gambar hiasan.
A
A

SEORANG ibu muda mempunyai bayi yang masih menyusu badan.

Namun, dia dalam dilema apabila memikirkan tindakannya yang menyusukan bayi sejurus bersama suaminya tanpa mandi wajib atau berwuduk terlebih dahulu.

Di benaknya tertanya-tanya apakah hukumnya apabila dia berbuat demikian? Lantas, wanita itu mengajukan persoalan berkenaan kepada ustaz.

Dalam hal itu, harus seorang wanita apabila telah bersama dengan suaminya, segera mendapatkan anaknya untuk disusukan.

Masalah itu dikiaskan dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang sahih riwayat Muslim bahawa ada sahabat bersama dengan isterinya dalam tempoh menyusukan anak.

Imam al-Nawawi menyatakan, perkara itu diperselisihkan oleh para ulama kerana dibimbangi kesan sampingan menyusu kepada anak.

Namun begitu, bersama isteri dalam tempoh menyusukan adalah diharuskan, seperti kata Imam Ibn al-Qayyim dan selainnya.

Maka hukumnya adalah harus, selagi mana tidak terdapat bukti perbuatan menyusukan anak dalam keadaan selepas bersama suami boleh memberikan mudarat dan kesan sampingan kepada anak yang disusui.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.