Flower Gaming tunjuk taring

JUARA Liga Predator Asia Pacifik 2020 - Dota 2 Malaysia, pasukan Flower Gaming merakam kenangan bersama replika hadiah kemenangan yang disampaikan Pengarah Perniagaan dan Pelanggan Acer Malaysia, Johnson Seet (empat dari kanan) sempena kejohanan baru-baru ini.
JUARA Liga Predator Asia Pacifik 2020 - Dota 2 Malaysia, pasukan Flower Gaming merakam kenangan bersama replika hadiah kemenangan yang disampaikan Pengarah Perniagaan dan Pelanggan Acer Malaysia, Johnson Seet (empat dari kanan) sempena kejohanan baru-baru ini.
A
A
A

KELINCAHAN jari jemari menekan konsul dan papan kekunci tanpa henti selain strategi perlawanan tersendiri membawa tuah buat lima sahabat yang cukup taksub dengan permainan e-sukan.

Siapa sangka, mereka yang juga ahli pasukan Flower Gaming itu bergelar juara Liga Predator Asia Pasifik 2020 - Defense of the Ancients 2 (Dota 2) Malaysia sempena kejohanan baru-baru ini.

Merujuk satu kenyataan, pasukan yang diketuai Choo Jian ‘Mozun’ Goh itu mempamerkan rekod cemerlang tanpa sebarang kekalahan selepas menewaskan pasukan CDEC.Avenger dengan mata 2-0 dalam pusingan akhir.

“Berkat berpengalaman dan skil cukup berbisa, keserasian Mozun Goh bersama Hsien Wan ‘Lance’ Fua, Yi Liong ‘DDZ’ Kok, Wei Loon ‘CandyLoon’ Ho dan Paul ‘Barry’ Tan Ke Da merangka strategi perlawanan mampu memberikan saingan hebat terhadap pasukan lawan.

“Bukan sahaja membawa pulang ganjaran wang tunai RM25,000, mereka juga akan mewakili Malaysia untuk mara ke cabaran seterusnya di Filipina pada 22 Februari sehingga 23 Februari nanti,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, juara Liga Predator Asia Pasifik 2020 - PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) Malaysia masih menjadi tanda tanya memandangkan pusingan akhir akan berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya pada 7 Disember sehingga 8 Disember ini.

Kedua kejohanan e-sukan peringkat Asia Pacifik yang berlangsung serentak di Manila, Filipina itu nanti akan menyaksikan sebanyak 17 negara bertanding demi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM1.67 juta.

Bukan setakat Malaysia, negara lain yang turut berentap seperti Australia, Hong Kong, India dan Jepun.

Artikel Berkaitan: