Suria KLCC sumbang RM20,000 kepada CWS

Andrew Brien (kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM20,000 kepada Teik Hoong.
Andrew Brien (kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM20,000 kepada Teik Hoong.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi, Suria KLCC Sdn Bhd meraikan kanak-kanak penghidap penyakit kronik dengan pemberian sumbangan sebanyak RM20,000.

Sumbangan kepada Children’s Wish Society (CWS) of Malaysia itu diberikan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung Selasa lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, menerusi sumbangan itu pihaknya berharap dapat bersama-sama membantu meningkatkan tahap kesedaran orang ramai dalam mewujudkan masyarakat prihatin terhadap nasib kanak-kanak berkenaan.

“Ini merupakan masa untuk kami membalas kembali dengan memberi sumbangan kepada kanak-kanak ini yang diharap dapat digunakan untuk membeli barangan yang diingini mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Difahamkan, CWS sebelum ini giat melaksanakan misi untuk membuat kutipan dana daripada orang awam bagi membeli barangan yang dihajati kanak-kanak terbabit.

Naib Presiden CWS, Teoh Teik Hoong berkata, sumbangan daripada Suria KLCC Sdn Bhd sememangnya amat bermakna buat kanak-kanak yang memerlukan dan dapat menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk melawan penyakit masing-masing.

“Melalui sumbangan ini, kita dapat membeli barangan yang diimpikan oleh kanak-kanak ini antaranya seperti iPad, tablet, telefon pintar, set lego dan bermacam lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan: