Bolehkah tangguh solat dengan alasan pakaian kotor?

JIKA pakaian terkena sambal, kicap ataupun sos, ia tidak dianggap kotor hingga dijadikan alasan mahu menangguhkan solat.
JIKA pakaian terkena sambal, kicap ataupun sos, ia tidak dianggap kotor hingga dijadikan alasan mahu menangguhkan solat.
A
A
A

"EH, engkau solatlah dulu. Seluar aku kotorlah. Tadi aku duduk atas tanah. Aku tak ada seluar lain. Nanti sampai rumah, aku tukar seluar dulu baru solat."

"Baju saya kotor sebab terkena sambal semasa makan tadi, saya waswas nak solat sebab pakaian kotor, nanti balik rumah baru saya solat."

Barangkali itulah alasan-alasan yang diberikan orang di sekeliling kita ketika mengajak mereka solat.

Ya, kadangkala situasi itu membuatkan segelintir orang keliru kerana bagi mereka, hendak menghadap ALLAH mestilah dalam keadaan yang bersih dan cantik.

Namun, bolehkah kita menggunakan alasan-alasan berkenaan untuk menangguhkan solat?

Ketahuilah bahawa syarat sah solat adalah menghindari badan, tempat solat dan pakaian daripada najis.

Dalam erti kata lain, solat tidak sah jika salah satu kawasan yang disebutkan itu terkena najis.

Firman ALLAH SWT dalam surah al-Muddathir, ayat 4: "Dan pakaian kamu hendaklah engkau sucikan."

Artikel Berkaitan:

Para ulama tafsir menyatakan, maknanya boleh diambil secara zahir iaitu menyucikan pakaian ataupun secara batin iaitu menyucikan diri daripada syirik, takabbur dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

Imam Ibnu ‘Abidin menyatakan, najis ialah sesuatu yang dapat dilihat yang merupakan kotoran daripada sudut syarak seperti tahi, air kencing, bangkai, anjing dan babi serta selainnya.

Adapun, tanah hukum asalnya adalah suci selagi mana tidak terdapat najis padanya. Disebabkan itu, jika tiada air, maka tanah digunakan sebagai alat untuk bertayamum.

Begitu juga dengan sambal, kicap ataupun sos, jika terkena pada pakaian tidak dianggap kotor.

Semoga jawapan itu memberikan pencerahan kepada masyarakat yang masih keliru tentang hal berkenaan.

Jangan kita 'mencipta' alasan untuk menangguhkan solat.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.