X

Kindly register in order to view this article
!

Terharu anak dapat pakaian seragam sekolah baharu

Andansura (kiri) menyarungkan pakaian sekolah kepada salah seorang penerima pada program kembali ke sekolah dan penyampaian baucar pembelian barangan kelengkapan persekolahan 2020 DUN Beserah di Pasaraya Sakan semalam.
A
A

KUANTAN - Ibu kepada empat anak, Nor Azira Ngah sebak melihat anak-anaknya seronok menerima pakaian seragam sekolah baharu.

Menurut wanita berusia 38 tahun itu, sumbangan pakaian berkenaan membantu meringankan beban suami yang hanya bekerja kampung.

Menurutnya, pendapatannya sebagai pembantu kedai juga cukup untuk menampung keluarga berbelanja harian.

"Pendapatan kami tidak seberapa, hanya cukup makan. Tapi syukurlah sekurang-kurangnya ada sumbangan dan bantuan daripada wakil rakyat dan badan korporat di kawasan ini," katanya ketika ditemui pada program Penyampaian Baucar Pembelian Barangan Kelengkapan Persekolahan 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah.

Andansura (tengah) bersama sebahagian penerima program kembali ke sekolah dan penyampaian baucer pembelian barangan kelengkapan persekolahan 2020 DUN Beserah di Pasaraya Sakan semalam.
Andansura (tengah) bersama sebahagian penerima program kembali ke sekolah dan penyampaian baucer pembelian barangan kelengkapan persekolahan 2020 DUN Beserah di Pasaraya Sakan semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu dan Penasihat Koperasi Co Makmur, Khairul Azam Awang.

Nor Azira bagaimanapun berkata, dia dan suami tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk menghantar empat anaknya ke sekolah demi masa depan mereka.

Nor Azira adalah antara 422 penerima baucar bernilai RM100 melalui program itu

Sementara itu, Andansura berkata, pihaknya menyasarkan seramai 750 penerima akan menerima bantuan persekolahan daripada Pusat Khidmat DUN Beserah.

"Ini adalah program kali ketujuh kita anjurkan dan terus diadakan pada masa akan datang," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus