Polis nafi berita kononnya akan berlaku kacau-bilau perkauman

Mazlan Mansor
Mazlan Mansor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menafikan berita kononnya akan berlaku kacau-bilau perkauman pada Sabtu dan Ahad ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, pihaknya mengesan penularan beberapa rakaman audio palsu yang kononnya maklumat itu datang dari Bukit Aman.

"Kita menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menakut-nakutkan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Mazlan berkata, orang ramai dinasihati agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan platform media sosial serta lain-lain rangkaian komunikasi untuk menyebar maklumat dan berita palsu.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk menghubungi polis bagi tujuan pengesahan apabila mendapati berita yang meragukan.

"Jangan sesekali berkongsi serta menularkan berita palsu itu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian kaum dan kesejahteraan negara," katanya.

Artikel Berkaitan: