Tahniah wanita-wanita hebat Malaysia

Atas dari kiri: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yeo Bee Yin, Isnaraissah Munirah Majilis dan Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.
Bawah dari kiri: Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Rohana Yusuf, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
Atas dari kiri: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yeo Bee Yin, Isnaraissah Munirah Majilis dan Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir. Bawah dari kiri: Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Rohana Yusuf, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
A
A
A

DALAM perkembangan sejarah ketamadunan dunia, tidak dapat dinafikan sistem partriaki sudah sekian lama wujud dalam sosial dan budaya masyarakat terutamanya bagi orang timur.

Sistem sosial patriaki meletakkan golongan lelaki sebagai pemegang kuasa utama dan mendominasi peranan dalam kepimpinan politik, ekonomi, undang-undang dan sosial.

Selama berdekad lamanya, wanita Malaysia turut berjuang membebaskan sistem partriaki daripada terus mengekang golongan hawa di negara ini.

Tahun demi tahun, ternyata gelombang kejayaan wanita di puncak kuasa dan ekonomi semakin hebat.

Kejayaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi wanita pertama Malaysia sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah antara kejayaan paling manis buat wanita pada tahun lalu.

Ternyata momentum kejayaan wanita memposisikan diri mereka di puncak kuasa di Malaysia semakin ketara.

Minggu lalu, wanita Malaysia terus mengukir sejarah. Pelantikan Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim membolehkan kementerian tersebut kini diketuai oleh tiga jurutera wanita.

Menterinya, Yeo Bee Yin ialah seorang jurutera kimia; Timbalan Menteri, Isnaraissah Munirah Majilis pula seorang jurutera elektrik dan Hamisah sendiri jurutera sivil.

Artikel Berkaitan:

Kelmarin, Malaysia terus mengiktiraf wanita di negara ini apabila Parlimen berjaya meluluskan usul Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2019 bagi membolehkan suami memindahkan caruman dua peratus kepada isteri.

Menariknya, dalam mengiktiraf golongan wanita itu, ahli Parlimen Malaysia mengetepikan ideologi politik masing-masing untuk sama-sama menyokong usul itu.

Semalam, sejarah wanita dalam puncak kuasa undang-undang juga terus bersinar-sinar. Selepas kejayaan Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menjadi Ketua Hakim Negara, semalam lima lagi hakim wanita memposisikan diri sebagai hakim.

Lebih membanggakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rohana Yusof kini merupakan wanita pertama dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.