[VIDEO] Ditegur minah saleh dalam loghat Kelantan di New Zealand

Paparan Twitter @meinsyed tular di laman sosial.
Paparan Twitter @meinsyed tular di laman sosial.
A
A
A

NEW ZEALAND - Siapa sangka seorang wanita Inggeris masih mampu bertutur dalam loghat Kelantan meskipun telah berhijrah ke New Zealand.

Pendedahan itu dikongsi oleh seorang pelayar Twitter @meinsyed menerusi satu klip video durasi 48 saat sebelum tular di laman sosial.

Menurutnya, dia mengagumi wanita itu kerana masih pandai dan mengingati loghat Kelantan walaupun dia bukan anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang.

"Mat Salih ini duduk di Kelantan selama setahun, boleh cakap Melayu dengan loghat sekali. Tidak sepertimana warga Malaysia yang terkenal yang tinggal berapa puluh tahun di sini tu, sampai kena buat cabaran bahasa Melayu dan muat naik di YouTube," ciapnya.

Menerusi hantaran tersebut, @meinsyed melancong ke New Zealand sebelum ditegur oleh wanita dalam loghat Kelantan.

Rakaman audio itu juga mendedahkan wanita itu tidak pandai makan budu sebaliknya lebih menggemari buah durian.

Wanita berasal dari Manchester itu juga tinggal selama setahun di daerah Kubang Kerian, sekali gus mahir loghat Kelantan.

Sebelum mengakhiri perbualan itu, @meinsyed sempat mempelawa wanita itu untuk kembali ke Kelantan jika ada kelapangan.

Artikel Berkaitan:

Video itu turut meraih lebih 69,000 tontonan dan 5,200 ciapan daripada netizen.

Seloroh @Taufiq_LensPixe, "Yang tak reti-reti berbahasa Melayu, elok pi lembutkan lidah di Kelantan atau Terengganu. Tinggal sebulan atau lebih. Kamu akan lebih Melayu daripada Melayu," ciapnya.

link Twitter - https://twitter.com/meinsyed/status/1201884932286500864