X

Kindly register in order to view this article
!

Perancis diancam pemberontakan besar-besaran

Penunjuk perasaan menyekat perjalanan bas dalam perarakan menentang baik pulih pencen di Marseille, selatan Perancis semalam. - Foto AFP
A
A

PARIS - Pengangkutan awam, sekolah dan perkhidmatan lain di seluruh Perancis tergendala selepas kesatuan melancarkan mogok terbuka terhadap rancangan Presiden Emmanuel Macron berhubung sistem pencen universal.

Sistem tersebut dikatakan akan memaksa jutaan orang bekerja lebih lama.

Pemimpin kesatuan berikrar untuk meneruskan protes melainkan Macron menarik balik perubahan sistem pencen yang disifatkan sebagai langkah terbaharu Presiden untuk mengukuhkan ekonomi di negara itu.

Kira-kira 90 peratus kereta api berkelajuan tinggi TGV dan kereta api domestik terjejas, manakala syarikat penerbangan Air France turut membatalkan 30 peratus penerbangan domestik serta 15 peratus laluan antarabangsa jarak pendek.

Di ibu negara, 11 daripada 16 laluan metro ditutup dan bangunan mercu tanda Menara Eiffel turut tidak dibuka kepada pelancong.

"Kami tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk membuka monumen itu dalam keadaan yang lebih selamat," kata pengendali Menara Eiffel dalam satu kenyataan.

Mogok yang dijangka berterusan selama beberapa hari itu turut mencetuskan perbandingan dengan konfrontasi antara kerajaan dan kesatuan mengenai pencen pada November hingga Disember 1995 yang menyaksikan negara lumpuh selama tiga minggu. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus