X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMASKINI] Ubat kencing manis ditarik Singapura tak berdaftar di Malaysia

A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Tiga ubat metformin tidak berdaftar di Malaysia yang digunakan untuk merawat kencing manis ditarik balik oleh Singapura.

Ia berikutan kenyataan dikeluarkan oleh Health Science Authority (HSA), Singapura kelmarin bahawa produk tersebut Glucient XR Tablet 500mg, Meijumet Prolonged Release Tablet 750mg dan Meijumet Prolonged Release Tablet 1000mg dikesan mengandungi bahan impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA) melebihi paras yang diterima di peringkat antarabangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, ketiga-tiga produk tersebut dibekal oleh Glorious Dexa Singapore dan Pharmazen Medical PTE LTD.

"Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati bahawa terdapat sejumlah 101 produk metformin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

"Hanya produk-produk yang berdaftar dengan PBKD sahaja yang dibenarkan untuk dibekalkan kepada pesakit di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, NDMA merupakan salah satu impuriti daripada kumpulan nitrosamine yang biasa ditemui pada paras yang rendah antaranya dalam makanan dan minuman tertentu, pencemar udara (air pollutant) dan hasil daripada proses pengilangan tertentu.

"Berdasarkan Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser Cancer (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin.

"KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari masa ke masa," katanya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!