X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri kesal kes seludup Harley Davidson dalam pesawat Garuda

Erick (dua dari kanan) hadir pada sidang media kes penyeludupan motosikal Harley Davidson dan basikal Brompton dalam pesawat Garuda di Jakarta semalam.
A
A

JAKARTA - Menteri Perusahaan Negara, Erick Thohir mengarahkan pegawai atasan syarikat penerbangan nasional Indonesia, Garuda meletak jawatan susulan kes penyeludupan lebih 10 kotak berisi alat ganti motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson dan basikal Brompton.

"Biar pihak berkuasa menjalankan siasatan berdasarkan diterima tapi semua bukti sudah ada.

"Lebih baik mereka yang terlibat meletak jawatan. Jangan tunggu saya pecat," katanya.

Kes berkenaan terbongkar susulan penemuan beberapa buah motosikal Harley Davidson yang dileraikan dan dua basikal Brompton yang diseludup dalam pesawat Garuda bagi tujuan mengelak daripada dikenakan cukai eksais.

Pesawat Airbus 330-900 itu tiba di Jakarta selepas melakukan penerbangan sulung dari Perancis bulan lalu.

Penemuan itu mencetuskan persoalan memandangkan pesawat tersebut hanya membawa eksekutif dan kakitangan Garuda.

Kelmarin, jurucakap Garuda, M Ikhsan Rosan mengesahkan motosikal dan basikal tersebut adalah milik kakitangan syarikat penerbangan tersebut dan ia telah dirampas pegawai kastam. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus