Shah Rezza kongsi kenangan akhir

Gambar kenangan Shah Rezza bersama Nassier.
Gambar kenangan Shah Rezza bersama Nassier.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelakon era 80-an, Datuk Seri Shah Rezza mengakui menjadi antara yang terawal mengetahui keadaan kesihatan Allahyarham Datuk Nassier Wahab yang menghidap kanser gusi sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut Shah Rezza, 58, arwah meminta merahsiakan keadaan kesihatan dirinya kerana enggan meraih simpati orang lain.

"Memang saya terkejut apabila mengetahui dia positif dengan kanser tahap empat dan menurut arwah, saya antara rakan pertama yang tahun tentang penyakitnya itu.

"Arwah minta rahsiakan kerana dia tidak mahu meraih simpati dan memberitahu mereka yang menghidap kanser perlu sentiasa positif," katanya.

Katanya, walaupun sebak melihat keadaan arwah ketika sakit namun tangisan disimpan kerana mahu memberi kekuatan kepada arwah.

"Kami juga berbual hampir setiap hari menerusi WhatsApp dan pemergian arwah adalah satu kehilangan besar buat saya," katanya kepada Sinar Harian.

Shah Rezza berkata, kali terakhir dia bertemu Allahyarham Nassier ketika kemangkatan Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah Mei lalu.

Katanya, walaupun berdepan kesakitan namun Allahyarham tetap menggagahkan diri untuk hadir ke upacara permakaman di Pahang.

Artikel Berkaitan:

"Arwah juga ada berpesan ketika itu, dia kata jaga makan, walau ada duit tapi kita sakit, ia tidak memberi makna lagi.

"Arwah juga ada minta album Pedoman 2 yang kami terbitkan bersama pada tahun 2013 untuk dijual dan hasil jualan itu mahu disalurkan ke tabung untuk mendirikan masjid di rumahnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Nassier Wahab meninggal dunia

'Abang Nassier ada mohon maaf, tak sangka itu petanda dia mahu pergi'