Jenazah Nassier Wahab selamat dikebumikan

Jenazah penyanyi popular era 80-an, Datuk Nassier Wahab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah di sini kira-kira jam 11.35 pagi. Foto: BERNAMA
Jenazah penyanyi popular era 80-an, Datuk Nassier Wahab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah di sini kira-kira jam 11.35 pagi. Foto: BERNAMA
A
A
A

KLANG - Jenazah penyanyi popular era 80-an, Datuk Nassier Wahab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah di sini kira-kira jam 11.35 pagi.

Nassier Wahab atau nama sebenarnya Mohd Nassir Abd Wahab, 57, meninggal dunia di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya pada jam 12.45 pagi ini akibat ketumbuhan pada gusi.

Pada 1 Jun lepas, Allahyarham yang popular dengan lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan pada rahang kiri.

Terdahulu, jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Kampung Batu Belah di sini sebelum dikebumikan.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah Mohd Nassir, 22 tahun.

Orang ramai dan rakan-rakan artis membantu membawa jenazah Allahyarham Datuk Nassier Wahab 57, untuk di sembahyangkan di Masjid Sirajuddin Al-Anuar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Batu Belah, Klang, hari ini. Foto: BERNAMA
Orang ramai dan rakan-rakan artis membantu membawa jenazah Allahyarham Datuk Nassier Wahab 57, untuk di sembahyangkan di Masjid Sirajuddin Al-Anuar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Batu Belah, Klang, hari ini. Foto: BERNAMA

Antara rakan artis yang turut menziarahi jenazah semasa pengebumiannya ialah Datuk M Nasir, Datuk DJ Dave, Datuk Nashrudin Elias (Nash), Herman Tino dan Ramlah Ram.

Fatimah yang ditemui pemberita selepas selesai pengebumian itu memberitahu bahawa pada Selasa lepas, Allahyarham suaminya dimasukkan ke UMSC untuk proses menambah darah susulan penyakit yang dialaminya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, namun sejak ditahan wad sehingga semalam, Allahyarham Nassier mengalami demam dan diberikan ubat untuk meredakan kesakitannya tetapi beberapa jam selepas itu, beliau melihat suaminya terbangun dari tidur dan terus muntah darah dengan banyak hingga tidak sedarkan diri.

“Doktor ada membuat Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) selama 40 minit tetapi beliau terus tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

Dalam pada itu, rakan artis Nashrudin atau Nash berkata, sepanjang hidup Nassier, beliau disifatkan sebagai sahabat yang baik dan mempunyai sifat menghormati yang sangat tinggi kepada orang lain.

“Arwah adalah rakan untuk solat Subuh saya kerana hampir setiap hari, saya dan arwah akan berhubung melalui WhatsApp untuk saling mengingatkan untuk menunaikan Rukun Islam itu. Kali terakhir saya berhubung dengannya adalah tiga hari lepas," katanya. - Bernama