Meloyakan!

Bahagian dalam premis yang tidak terurus dan kotor.
Bahagian dalam premis yang tidak terurus dan kotor.
A
A
A

KUANTAN - Tiga premis makanan di Teluk Cempedak di sini di arah tutup kerana didapati beroperasi dalam keadaan kotor.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, ketiga-tiga premis itu hanya akan dibenarkan beroperasi semula selepas pembersihan.

Menurutnya, ketika operasi kira-kira jam 8.30 malam itu penguat kuasa mendapati keadaan premis menjijikkan termasuk kotoran pada lantai, kipas angin dan perkakas dapur.

Keadaan kipas yang dipenuhi minyak dan lumut kekotoran kerana tidak dibersihkan dalam tempoh yang lama
Keadaan kipas yang dipenuhi minyak dan lumut kekotoran kerana tidak dibersihkan dalam tempoh yang lama

"Operasi membabitkan 18 pegawai dan penguat kuasa MPK serta 10 kakitangan Jabatan Kesihatan itu memeriksa enam premis di lokasi pelancongan itu. Tujuh kompaun dikeluarkan manakala satu lesen premis ditarik balik," katanya.

Norkamawati berkata, pihaknya tegas dengan isu kebersihan membabitkan premis makanan dan operasi bersepadu akan diteruskan dari semasa ke semasa

Keadaan perkakas yang kotor dan berlumut
Keadaan perkakas yang kotor dan berlumut



Bahagian dalam premis yang tidak terurus dan kotor boleh mengundang serangga dan haiwan
Bahagian dalam premis yang tidak terurus dan kotor boleh mengundang serangga dan haiwan

Artikel Berkaitan:

Kesemua mereka diberikan notis penutupan selama 14 hari bagi tujuan pembersihan premis.