X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] 'Atuk bergayut dalam bas Rapid KL'

Aksi warga emas membuatkan netizen terhibur.
A
A

KUALA LUMPUR - Penularan rakaman video memaparkan seorang warga emas bergayut di besi pemegang sebuah bas Rapid KL membuatkan netizen terhibur.

Video dimuat naik di Instagram lawakbosku itu tular di laman sosial.

Status Instagram itu memberitahu kemungkinan warga emas lebih mesra dipanggil 'atuk' oleh netizen itu 'merajuk' kerana tidak ditawarkan kerusi oleh penumpang yang menaiki bas tersebut.

Warga emas itu yang memakai baju Melayu berwarna biru laut dan berkain pelekat hijau dilihat bergayut dan memegang kedua-dua pemegang lalu menghayunkan badannya dengan mengangkat kedua-dua kakinya ke atas.

Bukan itu sahaja, dia juga dilihat turut memanggil seseorang untuk sama-sama membuat aksi itu yang membuatkan semua penumpang di dalam bas ketawa dan terhibur.

Kata @syamiex_, "Kuat pula tu tangan dia. Hahahaha."

@just_malaysian berkata, "Orang kampung dulu-dulu, punyalah dahsyat. Sihat walafiat."

"Comel, selamba je atok ni beraksi, tak kisah orang lain," kata @syaika

Netizen memberitahu, kemungkinan warga emas tersebut mengimbau zaman kanak-kanak selain menghiburkan hatinya sebelum tiba ke destinasinya.

LINK VIDEO


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus